Monday, June 15, 2020

#COOK&BAKE - Resipi Pineapple Cheese Tart




Assalamualaikum

Lama tak update blog, been a bit busy sejak #stayathome ni. Today I decided to share resipi cheese tart with you guys. Satu adunan cheese tart ni boleh dapat 20 biji tart. So, bolehlah try and share sekali dengan kawan-kawan atau dengan jiran-jiran sekali :)

Bahan-bahan:

Shell Tat:

1) Butter - 170g
2) Gula Icing - 50g
3) Telur - 1 Biji 
4) Esen Vanilla - 1 Sudu Teh 
5) Tepung Gandum - Secukupnya
6) Acuan Tart
7) Pineapple Jem (Filling Tat / Boleh guna jem buah lain)

Cheese Filling:

1) Cream Cheese - 250g 
2)  Gula Kastor - 50g
3) Telur - 1 biji
4) Esen Vanilla - 1/2 sudu teh
5) Esen Lemon - 1/2 sudu teh

Cara-cara:

Shell Tart:


1) Pukul butter, gula icing, telur dan esen vanilla sehingga kembang. Kemudian, tambah tepung gandum secukupnya. Uli sehingga tekstur doh tidak melekat.



2) Ambil sedikit adunan dan tekan sekata ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu agar shell tat masak dengan sekata. 


 3) Bakar pada suhu 170C selama 20-25 minit / sehingga masak. Sementara menunggu shell tat sejuk, bolehlah sediakan cheese filling. 


Filling Tart:


1) Pukul semua bahan cheese filling sehingga kembang. Kemudian isikan shell tat yang sudah sejuk tadi dengan filling jem. 


2) Isikan cheese filling ke dalam shell tart dan hiaskan dengan pewarna makanan.


3) Bakar pada suhu 170C selama 5 minit. Sentuh cream dengan hujung jari dan sekiranya tidak melekat, maknanya cheese tat telah masak. 



Cheese tat yang telah siap boleh disimpan di dalam bekas dan letakkan dalam peti sejuk.

Kalau nak bagi cantik sikit bolehlah hias menggunakan buah-buahan, dan bolehlah variasikan filling jem. 

SELAMAT MENCUBA!!!!!

No comments:

Post a Comment